Blog yang memaparkan koleksi video terbaik dan pasti best. Jangan segan silu untuk share di Facebook, Twitter dan Google+.
Tuesday, July 30, 2013
Budak Chetz Hina Islam & Hari Raya Menggunakan Anjing - Parodi Iklan Raya
Sumber: TheHarimauTV (www.youtube.com/user/TheHarimauTV)
[Terbaru: Berdasarkana maklumat yang diterima, Chetz, atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof (pengkid agaknya), seorang Jurutera dan juga "dog trainer" telah di tahan oleh Polis Diraja Malaysia. Beliau tidak mengaku salah dan membuat kenyataan bahawa dia tidak berniat untuk menghina Islam. Peguam bela nya adalah bernama Latheefa Koya.]
Saksikanlah video yang mempunyai unsur-unsur menghina Islam yang dibuat oleh seorang budak bernama Chetz pada tahun 2010, 3 tahun yang lalu. Dia ada 2 laman youtube, 1) https://www.youtube.com/user/chetzyusof 2) https://www.youtube.com/user/ChetzTogom, dan website nya adalah 3) http://chetztogom.com/.
Video Iklan Hari Raya ini bertajuk "1 Hari Di Hari Raya", dimana dia meletakkan background takbir sambil membasuh kaki anjing dan menunjukkan diri dia membasuh kaki seolah2 mengambil wudhu'. Selepas itu dia menjamu kuih raya kepada anjingnya.
ChetzYusof dengan bangganya menulis, "Ni iklan jamin kena ban... takde sape yang akan berani tayangkan iklan atau rancangan tv yang mempunyai unsur2 seperti ini....." Jadi maknanya Chetz sedar bahawa Iklan ini adalah kontorversial, tapi dia masih tetap nak letak jugak.
Di penghujung video, Chetz menulis "Raikan lah Aidil Fitri Bersama-sama Tanpa Mengira Species - Manusia & Anjing (Haiwan)", Warna (Belang, Coklat Gelap, Tompok-tompok), Dan Asal-Usul" - Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Bathin Dari Chetz Sekeluarga. Website cekap tu bukan website dia, tak tau kenapa dia letak orang lain punya website walhal dia ada website sendiri.
Video ini telah tersebar di laman Facebook dan telah mendapat ribuan "share" dan "like".
"Dgn takbir membesarkn allah ttp video nye sesuatu yg haram. Mcm mne? Cer tngok vdeo tu elok2,ada unsur pnghinaan. kalau letak background lagu raya ok jugak lagi but dia boleh letak background takbir... yang tu yg dah jadi biadap ni..." adalah satu komen daripada pembaca di Facebook.
"Yang gatal nak buat video anjing dan diiringi dgn takbir tu apa hal??? Memang lah anjing tu tak haram tapi umum kita tahu bagi umat Islam anjing adalah adalah haiwan yang dilarang utk dipegang2 sesuka hati...siap diiringi dgn takbir lagi...so apa maksudnyer??? Buat lah video lain walaupun niatnyer nak menyambut raya tapi cara persembahan tu adalah sangat menyakitkan hati....jangan matlamat menghalalkan cara!!!!", tulis seorang pembaca Facebook posting tersebut.
"Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama sila ambil tindakan. Bukan nya susah sangat nak trace sapa budak ni...teknologi Malaysia kat canggih?", tulis seorang lagi.
"Selagi undang2 kat malaysia ni tak ketat selagi tu lah kejadian cmni berlaku", tambah seorang komentetar lagi...and so on, masing2 ada komen masing2.
[Latest Update - August 1, 2013] Dog trainer Maznah Mohd Yusof, who is under fire for a Hari Raya Aidilfitri greeting video she posted involving her dogs, has been arrested and has been represented by lawyer Latheefa Koya. According to Maznah, she did not insult Islam with her video which was done 3 years ago].
Penduduk Gempar Buaya Besar Di Kuala Selangor
Seekor buaya gergasi ditemui dua nelayan menemui buaya besar di tepi sungai ketika hendak memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing pada lewat malam Julai 25, 2013.
Iklan Raya Aidil Fitri 2013 Dari Telekom Malaysia
Saksikanlah Iklan Raya Salam Aidil Fitri 2013 Dari Telekom Malaysia bertema "Raikan Syawal Dengan Kesederhanaan Dan Keinsafan".
Budak Perempuan Cina 5 Tahun Curi iPad Dari Kedai Computer
Budak perempuan ini hanya berumur lebih kurang 5 tahun, tapi sudah pandai mencuri. Saksikanlah gelagat beliau mencuri iPad daripada sebuah kedai komputer - cepat, mantap dan tangkas.
Perompak Melayu Rompak Kedai Runcit Cina Tetak Parang
Rompakan bersenjata yang ngeri ini berlaku pada bulan November 2011, dimana dua orang lelaki Melayu bersenjatakan parang merompak sebuah kedai runcit Cina. Setelah terkejut kerana peruncit tersebut mengeluarkan sebatang kayu, pergaduhan berlaku dan perompak tersebut menetak peruncit2 ini.
Ragutan Bermotor Gagal Paling Lucu - Kena Belasah Dengan Orang Ramai
Walaupun kejadian berlaku beberapa tahun yang lalu, tapi ianya telah dianggap sebagai kejadian rompakan gagal paling lucu dimana peragut bermotor tersebut dipukul dan dibelasah oleh orang ramai. Padan muka!
Masjid Kena Pecah Tabung Kena Curi - Rakaman CCTV
Kejadian pecah di sebuah masjid pada tahun 2007 dimana dua orang lelaki menggunakan "bolt cutter" untuk memotong kunci gate dan masuk ke dalam masjid untuk mencuri tabung masjid tersebut.
Pencuri Paling Handal Di Dunia - Masuk Botol Celah Kangkang
Saksi kan lah aksi hebat seorang wanita India apabila dia mencuri sekotak air minuman keras di sebuah kedai. Lihatlah bagaimana dia masukkan botol tersebut di celah pehanya.
Pencuri Bodoh Yang Kena Kantoi
Saksikanlah kebodohan seorang pencuri yang cuba nak rembat handphone di sebuah kedai elektronik. Kalau bodoh tu akan tetap bodoh jugak.
Pencuri Berkopiah Di Kedai Runcit Kantoi Sebab CCTV
Saksikanlah aksi seorang Pak Cik berkopiah yang cuba mencuri barang daripada sebuah kedai runcit. Malangnya, barang lebih besar daripada poket, jadi dia terhegeh-hegeh dia cuba nak memasukkan barang tersebut di dalam poket seluarnya. Lebih malang lagi, jurujual di belakang kaunter sudah nampak aksi ini di dalam CCTV nya. Setelah berhadapan, terpaksalah Pak Cik letak barang tu balik.
Rakaman CCTV Pencuri Di Kota Kinabalu Hotel
Saksikanlah apa yang berlaku apabila kedua-dua receptionit di hotel ini tertidur di atas kaunter. Mamat yang masuk tu ambik kesempatan dan merembat barang2 apa yang ada kat situ. Silap2 dia dah buat kerja ni tiap2 malam bila minah2 ni bekerja (tidur tapi dapat gaji buta).
Pencuri Panjat Pagar Depan Vivian Lee Yeok Siew Petaling Jaya
Vivian Lee Yeok Siew adalah pencuri terkenal di kawasan Petaling Jaya Selangor. Dia buat kerja siang hari. Dia bawak payung, letak payung dan beg tangan di tanah, panjat pagar dan curi apa yang ada di luar rumah. Rakaman CCTV ini ialah pada Julai 4, 2013
Wanita India Rembat CPU Masuk Celah Peha Bawah Kangkang
Memang kebiasaan wanita apabila mencuri (shoplifting) akan masukkan barang2 curian tersebut di dalam bra atau celah tetek (kalau barang2 yang kecil seperti barang kemas. Tapi kalau barang2 tersebut besar selalunya mereka akan masukkan di celah kelangkang. Bukan nak jadi racist, tapi wanita India memang suka masukkan barang2 curi bawah kangkang.
Awas Pencuri Professional Secara Berkumpulan Merompak Anda
Kejadian yang dirakamkan oleh CCTV sebuah kedai di Ampang Point ini berlaku pada Julai 18, 2013 dimana sekumpulan individu telah merembat barang2 bernila lebih RM$10,000 daripada mangsa. Tontoni lah, ambil lah iktibar dan berhati-hatilah sentiasa.
Wanita Cina Di Ragut Di Taman Century Johor Bahru Jun 22 2013
Seorang wanita berbangsa Cina diragut oleh seorang lelaki yang dipercayai sama ada seorang India atau Bangladesh di Taman Century Johor Bahru pada June 22, 2013. Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV kedai tersebut.
Gadis Melayu Bertudung Dipukul Dan Dirompak Lelaki India
Seorang gadis jurujual Melayu bertudung di Kedai Butik Seri Manjung Perak telah dirompak oleh seorang lelaki India pada lewat malam Julai 3, 2013. Setelah merompak, lelaki tersebut degan tidak berperi kemanusian memukul gadis Melayu yang tidak bersalah tersebut.
Wanita Dirompak Dan Diragut Dua Kali Satu Masa Depan Rumah Sendiri
Seorang wanita bertudung yang baru pulang ke rumahnya telah dirompak dan diragut oleh segerombolan penunggang motosikal di luar pagar di depan rumah sendiri. Kejadian ini berlaku di Seksyen 7 Shah Alam Selangor pada Jun 24, 2013 dan dirakamkan oleh CCTV jiran di hadapan.
Kes Rompak Dalam 5 Saat Jalan Ipoh Jun 7, 2013
Saksikanlah kepantasan mamat2 motosikal merompak kereta di depan lampu isyarat. Hanya beberapa saat sahaja masa diambil untuk menghampiri kendaraan, memecahkan cermin kereta dan meragut barang2 berharga di bahagian kerusi penumpang. Cilaka punya mamat2 pencuri bermotosikal. Kalaulah di Malaysia boleh bawak pistol, perkara macam ni tak kan berlaku.
Kes Rompak Bersenjata Di Hock Onn Motors Bidor Perak
Rompakan di Hock Onn Motors, Bidor, Perak pada Julai 6, 2013. Perompak bersenjatakan parang. Jumlah yang lesap tidak diketahui.
Kes Ragut Pecah Cermin Kereta Di Lampu Isyarat
Betapa mudah dan pantas nya peragut bermotosikal ini memecahkan dan merembat barang2 berharga daripada bahagian penumpang semasa kereta berhennti di lampu isyarat. Kejadian ini berlaku pada Jun 24 2013 di sekitar Damansara. Setiap kali kes ragut berlaku, mamat motor 2 orang! Cilaka punya mamat2 pencuri bermotosikal. Kalaulah di Malaysia boleh bawak pistol, perkara macam ni tak kan berlaku.
Kes Ragut Di Taman Kota Permai Bukit Mertajam Pulau Pinang
Setiap kali kita tengok rakaman CCTV kes ragut, hampir semuanya dilakukan oleh dua orang lelaki yang membonceng motosikal. Kes rompak ini berlaku di Taman Kota Permai Bukit Mertajam Pulau Pinang pada June 23, 2013. Setelah berjaya meragut beg tangan wanita tersebut, mamat motor ni cuba pula untuk memecahkan cermin kereta wanita tersebut.
Gadis Bertudung Di Ragut Oleh Mamat Motor Di Depan Gate - Rakaman CCTV
Rakaman CCTV yang tidak bertarikh menunjukkan seorang gadis bertudung sedang berjalan di depan rumah tersebut. Dengan tidak semena-mena dua orang lelaki menunggang motosikal menghampiri. Pembonceng motosikal tersebut meragut beg tangan wanita tersebut. Berhati-hatilah apabila melihat dua orang lelaki membonceng motosikal.
Kes Ragut Bersenjata Parang Depan AutoGate - Dua Wanita India Diragut Dan Diraba
Dua orang wanita India yang dipercayai hendak melawat sedara mereka keluar daripada kereta dan menuju ke pintu pagar. Dalam beberapa saat sahaja, dua orang lelaki membonceng motosikal mengampiri dan pembonceng motosikal tersebut menghunuskan senjata parang dan meragut mereka. Rasanya mereka telah diikuti oleh penunggang motosikal ini.
Kes Ragut Dan Pukul Di Shell Taman Sri Muda Shah Alam
Saksikanlah kes ragut yang sepantas kilat. Pemandu kereta ini berhenti untuk mengisi minyak di stesyen Shell taman Sri Muda Shah Alam. Semasa pintu keretanya terbuka, dua orang lelaki menaiki motosikal menuju ke keretanya dan terus memukul pemandu tersebut dan meragut barang2nya. Berhati2 lah apabila anda nampak mamat 2 orang naik motor. Kes ini berlaku pada Februari 18, 2013. Cilaka punya mamat2 pencuri bermotosikal. Kalaulah di Malaysia boleh bawak pistol, perkara macam ni tak kan berlaku.
Kes Handphone Kena Ragut Depan Rumah
Budak-budak ini sedang bermain dengan basikal di depan rumah mereka. Selang tidak berapa lama, dua orang mamat motor lalu di situ. Pemboncengnya dengan pantas merembat handphone salah seorang budak tersebut. Berhati-hatilah apabila anda melihat lelaki dua orang naik motosikal dan bertopi keledar.
Gangster Yang Nak Samseng Orang Tapi Dia Yang Kena Belasah
Ini adalah kisah seorang gangster yang cuba membalas dendam terhadap seorang musuhnya. Dia membonceng motosikal dan masuk ke kawasan musuh tersebut. Dengan krako nya dia turun motosikal tersebut dan terus membelasah musuh itu yang sedang lepak bersama ramai teman2nya. Tapi dia tak tau sebenarnya itu kawasan gangster. One for all, all for one. Belum sempat dia belasah mamat tu, dia yang kena belasah sampai hampir separuh mati. Nak kata bodoh, tak kena pulak...
Pekerja Petronas Curi RM$4000 Kena Tangkap Kantoi Sebab Rakaman CCTV
Seorang pekerja kedai runcit stesyen minyak Petronas dengan selambanya mencuri wang sebanyak RM$4,000 yang dimasukkan ke dalam poket seluarnya tanpa disedari oleh dua orang rakan sekerja yang berada di berhampiran. Malangnya dia lupa bahawa ada satu "dajjal" mata satu yang tidak pernah berkelip di atas siling kedai tersebut.
Iklan Raya Aidil Fitri 2013 Dari Samsung - Hargailah Saat Bersama Keluarga
Hargailah saat-saat bersama keluarga kita, dulu, kini dan detik-detik yang bakal akan datang. Iklan raya 2013 daripada Samsung Malaysia. Ambil lah iktibar yang mana patut.
Hidup Ini Sebenarnya Hanya Sekejap Sahaja
Kehidupan kita ini sebenarnya hanya sekejap sahaja. Kalau nak buat filem, cuma kurang daripada 50 saat. Jadi apa yang perlu kita buat dengan kehidupan kita yang pendek ini?
Apabila Lelaki Di Tampar Perempuan Di Khalayak Ramai
Saksikanlah kesudahan kisah seorang lelaki yang ditampar oleh seorang perempuan di atas bas yang penuh dengan ramai orang wanita. Bila dah habis tengok barulah anda akan paham reaksi tidak disangka oleh lelaki tersebut.
Pemandu Kejar Nak Cari Gaduh Tapi Dia Yang Kena Belasah
Inilah agaknya yang dikatakan sebagai "road rage", tapi nasib mamat ni agak malang. Dia kejar driver yang dia bengang tu, dia potong lepas tu dia datang kat driver lagi satu tu untuk bergaduh. Malangnya, dia yang nak pukul orang, ended up dia yang kena belasah teruk.
Saturday, July 27, 2013
Budak Kecik Mesin Rumput
Walaupun masih bercawat, budak kecil ini sudah pandai menggunakan mesin rumput. Produksi yang original, kreatif dan kelakar.
Lawak Jenaka Orang Dewasa Di Zaman Hitam Putih
Saksikanlah lawak jenaka orang dewasa di zaman dahulu kala. Masa ni filem pun masih hitam putih. Namun demikian, lawak orang dewasa mesti kena ada. Cara membesarkan buah dada dengan menelan Pil D Buah Dada. Telan satu pil, satu buah dada akan besar, telan 2 pil, dua buah dada akan besar. Tapi kalau telan 3 pil, apa akan jadi? Memang kelakar dan harus ditontoni...
Dalam Tu Ada Buaya - Sesungguhnya Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Iklan Petronas Raya tahun2 yang lepas berjodol "Dalam Tu Ada Buaya" - lucu tapi penuh bermakna. Sayangilah ibu anda.
Pakar Matematik Jalanan
Pak Cik ni memang terrer ilmu matematik. Dia mengaku bahawa dia adalah "Ketua Pemikir Kerajaan Malaysia" yang turun di medan untuk bersama dengan rakyat...cuba tengok...memang menarik.
Jentolak Yang Tersalah Landing
Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak turun jentolak buruk padahnya...
Rakun Curi Makanan Kucing
Kalau anda belum pernah tengok rakun atau raccoon, inilah dia, comel jugak dan pandai makan guna kaki depan macam tangan. Ketiga-tiga ekor kucing tersebut hanya tengok sahaja, mungkin mereka juga takut kepada rakun yang mungkin ada penyakit rabbis.
UltraMan Gelabah Sampai Lupa Skill
Saksikanlah aksi Ultraman yang gelabah sampai lupa skill. Raksaksa pun buat endah tak endah. Tontonan yang lucu untuk pengisian masa lapang anda.
Sukan Main Pusing Dalam Tayar Yang Menarik
Berbagai-bagai caranya kalau kita nak berseronok dengan rakan-rakan dan keluarga, akan tetapi permainan ini agak merbahaya. Jangan tiru tanpa memakai topi keledar.
Cara Mudah Buat Lighter Guna Bateri Dan Pembalut Chewing Gum
Cara mudah mencetuskan api, bukan setakat untuk perokok yang tidak ada lighter tapi juga kalau pergi camping dan mancis basah.
Budak Kecil Pandai Pandu Bulldozer
Kecil lagi sudah pandai pandu dan operate bulldozer. Cuba teka di mana kah ini???
Cara Keji Untuk Elakkan Daripada Bayar Tol Di Malaysia (How To Not Pay Toll)
Cara untuk elak daripada membayar toll di Malaysia oleh Royce Tung (https://www.youtube.com/user/roycetka/videos). Tolong jangan buat perkara2 yang macam ni. Royce Tung mungkin cuma nak mendedahkan loophole dalam system elektronic toll tersebut.
Pendedahan Markas Syiah Malaysia Di Klang Selangor
Video ini diambil daripada video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor , yang telah didedahkan oleh Belia Keamanan Malaysia, BKM pada 12 JUN 2013.
Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)
4. Ungkapan Selawat Mereka - "..Allahummasolli'ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al Aimmah Wal Mahdiyyin Sallim Tasliiman Katsiiro.." (minit 3:45)
(Video ini ditemui admin BKM secara tidak sengaja di lama youtube yang dimuat naik oleh seorang ahli syiah melayu pada 12 JUN 2013 yang lalu - link tersebut boleh didapati disini : http://www.youtube.com/watch?v=caCMw4Bi3-M) pemilik facebook/seorang berfahaman SYIAH yang menyiarkan link video rahsia ini di page-nya :
http://www.facebook.com/hanizi.mohamad.
Prank Gempa Bumi Ke Atas Seorang Sheikh
Saksikanlah reaksi seorang Sheikh apabila satu prank dilakukan ke atasnya. Beliau tidak panik tetapi terus membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Zikir Menari Di Malaysia
Dirakamkan di Masjid Dong, Raub.
PENERANGAN OLEH DATO' DR HARON DIN MENGENAI ZIKIR MENARI..
SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.
Kadang-kadang ada yang mengikut 'rasa', seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan 'rasa'. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): "Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.'" (Surah 'Ali-'Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, "Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku."
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita'birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau 'body language' beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, "Tidak mengapa dan boleh dilakukan."
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah 'Ali-'Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.
Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.
Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.
Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.
Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah ar-Ra’d, ayat 28).
Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita'birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.
Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram."
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Penjaga Gol Yang Bangga Awal Sangat
Video yang lucu dan agak kelakar. Rasanya ramai diantara kita yang suka berbangga sebelum kita betul-betul pasti yang kita telah berjaya.
"JAHIT" - Iklan Raya Petronas 2013 - Kudrat Membawa Berkat
Sebuah drama filem pendek Iklan Raya Petronas 2013 yang penuh bermakna. Sayangilah ibu anda. Dia akan berkorban apa sahaja demi anak. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Sekiranya Nyawa Masih Panjang
Maut itu sudah hampir dekat namun ajal belum tiba lagi. Saksikanlah keajaiban hidup dan mati. Renungilah detik-detik kehidupan kita.
Sepatah Sireh Sesuap Nasi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke blog kami. Blog ini disediakan untuk memaparkan video-video yang menarik untuk tontonan anda.
Terima kasih kerana melawat blog kami.
Komen dan saranan amat dialu-alukan
-Admin-
Selamat datang ke blog kami. Blog ini disediakan untuk memaparkan video-video yang menarik untuk tontonan anda.
Terima kasih kerana melawat blog kami.
Komen dan saranan amat dialu-alukan
-Admin-
Subscribe to:
Posts (Atom)