Hukum orang Islam bela anjing. Apakah pendapat ulama?
Sebilangan
ahli ulama menerangkan bahawa seseorang Islam boleh memelihara anjing
dengan bersebab, tetapi aram hukumnya jika dibela sebagai binatang
peliharaan.
Penjelasan mengenai hukum membela anjing oleh beberapa para ulamak ada dimuatnaik di dalam Youtube.
Antaranya
adalah Ustaz Azhar Idrus. Beliau menyatakan bahawa anjing adalah haiwan
yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang
yang tidak diharamkan untuk dibela namun tidaklah wajib dibela.
Tetapi sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.
Ustaz Rasul Dahri juga turut menjelaskan sebab-sebab kenapa dilarang memelihara anjing tanpa sebarangan.
Video ucapan daripada penganjur program "I Want To Touch A Dog" pada 19 Oktober 2014 di Central Park Bandar Utama.
Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.
Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.
Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.
Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.
Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.
Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.
Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.
Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.
Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.
“Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-program-sentuh-anjing-terima-ancaman-bunuh-di-media-sosial#sthash.Ug5zeZkB.dpuf
Sila buat rumusan sendiri, tapi pandangan beberapa individu Facebook adalah seperti berikut:
Afiq KLtown [FB] Cuba korang tengok video ucapan daripada penganjur program "i want to touch a dog" ni. Kenapa lah ada orang Islam yang mudah terpengaruh dengan manusia macam ni. Agaknya depa ni tak boleh fikir ke? Nak kata tak bersekolah semuanya lulusan universiti dan hebat hebat belaka. Tanpa rasa bersalah, tapi rasa sangat berbangga dengan program yang sudah terang melawan hukum Allah. Sungguh haram jadah.
En Ajib [FB] sbnarnya kn kat malaysia ni bnyak org gila yg xde "certificate" jika nk di bandingkn dgn org gila yg ade certificate..ce admin cek mamat ni ade certificate ke x..huhu da mcm kera kena belacan lak ak tgok mmat ni..hahah
Nur Huda Khaled [FB] Nmpk mcm gayboy...huhuhu...yg lg bengong org yg p lorrrr...ade g org zmn jahiliah...
Mohd Laisani [FB] Terkinja kinja tah apa apa... nampak sangat korang xde didikan agama... anjing tu haram sama jugak dgn babi xder beza najis mughalazah korang lagi blh peluk cium bagai... penganjur mcm kartun pun korang blh percaya.. aptb
Zai Zana [FB] Jantan nie Gay memangla x der agama..yg bodoh2 lain tue ikut pesal....
Noon Sod [FB] Alolololo terloncat2 so the gurldeeks gitew. Betul kata Imran Mohamed , jenis mcm ni yg 4cm suka le tew!
Rizal Reezal [FB] golongan2 lembut2 mcm ni da ramai yg terbabas belai anjing.kwn aku ramai yg jiwa lembut pon da post pic pegang n belai anjing...HANJING tul...
Azmah Amir Nadia [FB] Dpt mklmt yg mgatakn syed azmi sbnrnya seorg kristian...yg berpura2 menjadi ustaz...cuba cari mklmt tntg syed azmi..sbb tu dia mmg nak myesatkn org Islam secara halus...
Jai JaiHo [FB] Ni la sbb2 knp Allah dh turunkan bala dkt negara kita skrg..ribut taufan,puting beliung dll..subhanallah manusia yg sgt2 bod#h mempermainkan hukum Allah...tgk video tu yg bertudung labuh ramai tp xde akal...renung2kan la..dh x terhitung dgn dosa yg sedia ada ni...nauzubillah....
Tahi anjing mengandungi telur Cacing Pita Hydatic. Cacing Pita Hydatic
hidup di dalam perut anjing tetapi telur-telur cacing tersebut tidak
boleh menetas di dalam perut anjing tetapi boleh menetas di dalam
makhluk lain seperti kambing dan manusia. Apabila telur2 cacing pita
ini menetas, ianya akan membuatkan ketumbuhan atau cyst di dalam paru2,
hati, limpa, jantung dan otak manusia.
Cacing pita ini juga boleh
dijangkiti dengan membelai anjing atau dijilat oleh lidah anjing.
Vaccine untuk penyakit ini bagi manusia belum ditemui lagi. Untuk
pengetahuan lanjut sila tengok video ini.
Najis mughallazah ialah
anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu
daripada keduanya. Maka daging anjing dan babi, air liurnya,
kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang
berat iaitu najis mughallazah.
Cara menyucikannya ialah hendaklah
dibuang najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena
najis dicuci dengan air Mutlak sebanyak tujuh kali dan sekali
daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci sehingga
hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya). Adapun tanah yang bercampur
itu hingga mengeruhkan warna air tersebut.
Kempen sentuh anjing
yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang
Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus'
bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.
Pendakwah
terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam
itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah
diharamkan ALLAH kepada penganutnya.
"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.
"Ianya
gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara
kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah
tujuan asalnya.
"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang
peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh
dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian,"
katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.
Beliau
berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog"
anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor,
semalam.
Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang
ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif
terhadap anjing.
Kempen itu juga turut memberi peluang kepada
orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil
diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.
Dalam pada itu,
beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan
penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah
terpedaya tanpa usul periksa.
"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....
"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?
"Jangan
lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang
sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap
kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.
Mengulas
lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti
memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana
kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.
"Mana boleh
saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu
apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu
bela, lepas itu masuk dalam rumah!
"Binatang mughalazah ini macam
babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi
dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.
"Tidaklah
salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak
buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima
konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.
Kempen Sentuh Anjing (I Want To Touch A Dog) Ulasan mengenai Kempen Sentuh Anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor pada 19 Oktober 2014. Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.
Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya. Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing. "Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. "Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. Yang hairannya kenapa ustaz-ustaz yang hadir dan bagi ceramah semasa Kempen Pegang Anjing tersebut tidak pula menyentuh anjing-anjing tersebut? Ustaz Mohd Iqbal Parijin yang dijemput oleh pihak penganjur membuat penjelasan bahawa terdapat "miss communication" antara beliau dan pihak penganjur. Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak setuju dengan aksi peluk cium dengan anjing yang dilakukan oleh peserta pada hari tersebut.
Ramai yang turut mengecam kempen ini termasuk Muryidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Gagasan Sukarelawan Anak Muda Islam Malaysia (Lawan), Ustaz Azhar Idrus, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya.
Yang peliknya kempen ini telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ramai juga ustaz-ustaz yang turut hadir pada hari tersebut tidak bersuara apa2 semasa program tersebut dilancarkan. Cuma apabila program tersebut mencetuskan kontroversi, barulah masing2 bersuara.
Kalau ye pun kempen tersebut untuk mengatasi rasa takut terhadap anjing atau menggalakkan toleransi terhadap kefahaman penganut agama lain, adakah perlu anjing2 tersebut di dukung, dipeluk dan dicium oleh peserta yang berugama Islam? Tak boleh ke kalau penganjur bagi sarung tangan plastik kepada peserta?
Cuba anda tengok video ini:
Video ini mengisahkan seekor anjing yang kehilangan tuan (sesat daripada rumah) dan pergi ke rumah sebuah keluarga Melayu Islam yang tinggal di Amerika. Memandangkan anjing tersebut tidak mahu keluar daripada kawasan rumah mereka, dan memandangkan mereka kuatir dengan keselamatan anjing tersebut melalu lintas di jalan raya, mereka menjaga anjing tersebut buat beberapa hari.
Walaupun anak2 mereka dibenarkan untuk bermain dengan anjing tersebut, namun kelihatan jelas budak2 tersebut menggunakan sarung tangan plastik (disposable gloves). Pada permulaan video tersebut, walaupun Aiman (anak bongsu mereka) yang hanya baru berumur 9 tahun dengan jelas meminta sarung tangan sebelum menyentuh anjing tersebut, walaupun anjing tersebut kering dan tidak basah. Pada minit 3:30 Aiman berkata pada anjing tersebut, "Don't touch me, I have to wash my hand after that, because I'm a Moslem."
Jelas di dalam video-video yang dipaparkan di dalam saluran MalayUSA mereka (www.youtube.com/MalayUSA) dan EyeOnAiman (www.youtube.com/EyeOnAiman), mereka hanya dibenarkan bermain dengan anjing tersebut dengan menggunakan sarung tangan. Mereka juga diajar dan disuruh "sertu" setiap kali selepas bermain dengan anjing tersebut.
Walaupun keluarga ini menetap di Amerika dan kelihatan agak liberal, namun mereka masih lagi menonjolkan sifat2 yang tidak melampaui batasan. Tidak kelihatan anak2 mereka berpeluk2, bercium2 atau mendokong anjing tersebut.
Walaupun mereka terpaksa menjaga anjing tersebut selama beberapa hari, namun anjing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah mereka.
Mungkin ada yang akan berpendapat bahawa sebagai orang Islam mereka masih tidak patut untuk membelai anjing, tapi sekurang2nya mereka tidak memegang anjing tersebut tanpa alas. Anjing tersebut tidak dipeluk atau dicium, dan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Kisah ini berlaku di Amerika, di negara yang bukan Islam, di negara yang tidak ada JAKIM atau MAIS. Entah2 ustaz2 Melayu pun tak ada di tempat yang mereka duduk ni.