Thursday, January 22, 2015

Kes Video Menghina Zamani Slam Dipaksa Nyanyi Lagu 'Gerimis Mengundang' Bergari Dalam Lokap - Ketua Polis Negara Akan Siasat



Isu Zamani: Ketua Polis Negara Berjanji Akan Siasat, Ambil Tindakan Tegas - Isu video rakaman yang menunjukkan Zamani (Slam) Ibrahim menyanyi dalam keadaan bergari yang sedang hangat dikatakan ramai sudah mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengeluarkan kenyataan ringkas beliau di akaun Twitter.  Pihaknya akan segera menyiasat & mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video berdurasi 1 minit 23 saat itu.

[Sumber: Rotikaya]

Pengurus kepada Zamani  iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.

Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.  Dalam pada itu Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan.

Justeru beliau tidak menolak penyebaran video itu dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” kata Johan.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi mStar Online meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menyebabkan video berkenaan tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Katanya, video itu benar-benar menghina Zamani dan pihak keselamatan seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam menjaga suspek yang ditahan.

[Sumber: mStar]

Vokolis kumpulan Slam, Zamani, 43 yang 'hilang' dari dunia hiburan secara tiba-tiba sejak tujuh lapan tahun lalu, pagi ini mengejutkan peminat selepas berita beliau ditangkap kerana memiliki dadah tersebar.

Beliau ditahan bersama seorang wanita, 32,  di kediamannya di Taman Keramat Ampang kerana memiliki satu paket dadah jenis heroin, 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, dadah seberat 1.2 gram itu ditemui di atas tilam di dalam bilik.

"Hasil soal siasat penyanyi itu mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu dan membelinya daripada seorang lelaki yang turut berjaya ditangkap polis di Hulu Kelang.

"Ketika serbuan kenalan wanitanya turut berada di kediaman itu dan hasil ujian air kencing positif dadah," katanya.

Difahamkan beliau mengaku bahawa beliau terlibat dengan aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan suspek dan akan memohon reman hari ini.

Zamani kali terakhir muncul dengan album solo lagu Syair Si Pari-Pari yang popular pada tahun 2001. Tiga tahun kemudian, Zamani lenyap entah ke mana. Sunyi tanpa sebarang khabar berita.

Zamani dan Slam mula popular selepas album kedua mereka `Kesan Terbukti` meletop.

Album tersebut memuatkan seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin.

Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar Gerimis Mengundang.-21/1/2015

[Sumber:  AgendaDaily]

Berikut adalah FAKTA KES yang tersebar di laman Facebook;

Tangkapan kes menarik penyanyi vokalis kumpulan SLAM (Zamani Ibrahim)

Seksyen 12(2) ADB 1952 &Seksyen 15(1)(a)ADB 1952
bersabit Hulu Kelang rpt:/15

Pengadu: INSP. Mohamad Rashidi B Mat Din BSJND IPD Ampang Jaya
IO: Insp. Hazreen B Mohktar

OKT:
(B1) Nama : Zamani B Ibrahim (Zamani Slam)
KP:710525-10-5267
umur : 43Thn
Kerja : Penyanyi
Alamat :No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor
Rekod jenayah : Tiada rekod.
Urine :Morphine

(B2) Nama : Nur Juliana Bt Abdul Rani
KP: 820409-03-5350
umur : 32Thn
Kerja : Tiada
Alamat : 46/CR Tingkat 3, Jln Kosas 1/6, Tmn Kosas Ampang Selangor.
Rekod jenayah : tiada rekod
Urine : AMP

FAKTA KES

Pada 21.01.15 jam lbh kurang 0030 hrs pengadu bersama anggota BSJND Ampang Jaya telah serbu dan tangkap 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu (B2) di alamat No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor. Pemeriksaan bilik B1 pengadu telah jumpa 1 peket plastik disyaki dadah jenis Heroin (ab. 1.2 gram) di atas tilam dlm bilik . Pemeriksaan lain-lain bhgn tiada jumpa brg salah.

Soal siasat awal dapati saspek (B1) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dan ambil bekalan dadah heroin dgn seorang lelaki melayu nama Azron B Mansor, Kp: 810604145775 yg di tangkap bersabit Hulu Kelang rpt: Seksyen 39A(2) ADB 1952.
Siasatan masih di teruskan.

[Sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/2015/01/zamani-slam-ditangkap-polis-disyaki.html]

Thursday, October 23, 2014

Sentuh & Bela Anjing: Hukum Orang Islam - Pendapat Ulama

Hukum orang Islam bela anjing. Apakah pendapat ulama?

Sebilangan ahli ulama menerangkan bahawa seseorang Islam boleh memelihara anjing dengan bersebab, tetapi aram hukumnya jika dibela sebagai binatang peliharaan.

Penjelasan mengenai hukum membela anjing oleh beberapa para ulamak ada dimuatnaik di dalam Youtube.

Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus. Beliau menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela namun tidaklah wajib dibela.

https://www.youtube.com/watch?v=F-vTbY65xMo&list=UUnf8tVlAC6R8a90_Z5HVKwQ

Tetapi sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.



Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.

Ustaz Rasul Dahri juga turut menjelaskan sebab-sebab kenapa dilarang memelihara anjing tanpa sebarangan.



Syed Azmi Diancam Bunuh & Dituduh Murtad Kerana Anjur Program Sentuh Anjing "I Want To Touch A Dog"

Video ucapan daripada penganjur program "I Want To Touch A Dog" pada 19 Oktober 2014 di Central Park Bandar Utama.



Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.

Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.

Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.

Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.

Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.

Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.

Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.

Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.

“Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-program-sentuh-anjing-terima-ancaman-bunuh-di-media-sosial#sthash.Ug5zeZkB.dpuf

Sila buat rumusan sendiri, tapi pandangan beberapa individu Facebook adalah seperti berikut:

Afiq KLtown [FB] Cuba korang tengok video ucapan daripada penganjur program "i want to touch a dog" ni. Kenapa lah ada orang Islam yang mudah terpengaruh dengan manusia macam ni. Agaknya depa ni tak boleh fikir ke? Nak kata tak bersekolah semuanya lulusan universiti dan hebat hebat belaka. Tanpa rasa bersalah, tapi rasa sangat berbangga dengan program yang sudah terang melawan hukum Allah. Sungguh haram jadah.

En Ajib [FB] sbnarnya kn kat malaysia ni bnyak org gila yg xde "certificate" jika nk di bandingkn dgn org gila yg ade certificate..ce admin cek mamat ni ade certificate ke x..huhu da mcm kera kena belacan lak ak tgok mmat ni..hahah

Nur Huda Khaled [FB] Nmpk mcm gayboy...huhuhu...yg lg bengong org yg p lorrrr...ade g org zmn jahiliah...

Mohd Laisani [FB] Terkinja kinja tah apa apa... nampak sangat korang xde didikan agama... anjing tu haram sama jugak dgn babi xder beza najis mughalazah korang lagi blh peluk cium bagai... penganjur mcm kartun pun korang blh percaya.. aptb

Zai Zana [FB] Jantan nie Gay memangla x der agama..yg bodoh2 lain tue ikut pesal....

Noon Sod [FB] Alolololo terloncat2 so the gurldeeks gitew. Betul kata Imran Mohamed , jenis mcm ni yg 4cm suka le tew!

Rizal Reezal [FB] golongan2 lembut2 mcm ni da ramai yg terbabas belai anjing.kwn aku ramai yg jiwa lembut pon da post pic pegang n belai anjing...HANJING tul...

Azmah Amir Nadia [FB] Dpt mklmt yg mgatakn syed azmi sbnrnya seorg kristian...yg berpura2 menjadi ustaz...cuba cari mklmt tntg syed azmi..sbb tu dia mmg nak myesatkn org Islam secara halus...

Jai JaiHo [FB] Ni la sbb2 knp Allah dh turunkan bala dkt negara kita skrg..ribut taufan,puting beliung dll..subhanallah manusia yg sgt2 bod#h mempermainkan hukum Allah...tgk video tu yg bertudung labuh ramai tp xde akal...renung2kan la..dh x terhitung dgn dosa yg sedia ada ni...nauzubillah....

Kenapa Anjing Tidak Boleh Di Sentuh: Kajian Saintifik - Cacing Pita Hydatic Dalam Tahi & Perut Anjing

Tahi anjing mengandungi telur Cacing Pita Hydatic. Cacing Pita Hydatic hidup di dalam perut anjing tetapi telur-telur cacing tersebut tidak boleh menetas di dalam perut anjing tetapi boleh menetas di dalam makhluk lain seperti kambing dan manusia. Apabila telur2 cacing pita ini menetas, ianya akan membuatkan ketumbuhan atau cyst di dalam paru2, hati, limpa, jantung dan otak manusia.

Cacing pita ini juga boleh dijangkiti dengan membelai anjing atau dijilat oleh lidah anjing. Vaccine untuk penyakit ini bagi manusia belum ditemui lagi. Untuk pengetahuan lanjut sila tengok video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=OFsIcTOZdoI

Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu daripada keduanya. Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang berat iaitu najis mughallazah.

Cara menyucikannya ialah hendaklah dibuang najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena najis dicuci dengan air Mutlak sebanyak tujuh kali dan sekali daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya). Adapun tanah yang bercampur itu hingga mengeruhkan warna air tersebut.

Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.

"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.

"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.

Tuesday, October 21, 2014

Kempen Sentuh Anjing (I Want To Touch A Dog) di Central Park Bandar Utama 19 Oktober 2014 - Komentari

Kempen Sentuh Anjing (I Want To Touch A Dog)

Ulasan mengenai Kempen Sentuh Anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor pada 19 Oktober 2014.

Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.




















Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

Yang hairannya kenapa ustaz-ustaz yang hadir dan bagi ceramah semasa Kempen Pegang Anjing tersebut tidak pula menyentuh anjing-anjing tersebut?  


Ustaz Mohd Iqbal Parijin yang dijemput oleh pihak penganjur membuat penjelasan bahawa terdapat "miss communication" antara beliau dan pihak penganjur.  Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak setuju dengan aksi peluk cium dengan anjing yang dilakukan oleh peserta pada hari tersebut.


Ramai yang turut mengecam kempen ini termasuk Muryidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Gagasan Sukarelawan Anak Muda Islam Malaysia (Lawan), Ustaz Azhar Idrus, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Yang peliknya kempen ini telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).  Ramai juga ustaz-ustaz yang turut hadir pada hari tersebut tidak bersuara apa2 semasa program tersebut dilancarkan.  Cuma apabila program tersebut mencetuskan kontroversi, barulah masing2 bersuara.

Kalau ye pun kempen tersebut untuk mengatasi rasa takut terhadap anjing atau menggalakkan toleransi terhadap kefahaman penganut agama lain, adakah perlu anjing2 tersebut di dukung, dipeluk dan dicium oleh peserta yang berugama Islam?  Tak boleh ke kalau penganjur bagi sarung tangan plastik kepada peserta?

Cuba anda tengok video ini:



Video ini mengisahkan seekor anjing yang kehilangan tuan (sesat daripada rumah) dan pergi ke rumah sebuah keluarga Melayu Islam yang tinggal di Amerika.  Memandangkan anjing tersebut tidak mahu keluar daripada kawasan rumah mereka, dan memandangkan mereka kuatir dengan keselamatan anjing tersebut melalu lintas di jalan raya, mereka menjaga anjing tersebut buat beberapa hari.

Walaupun anak2 mereka dibenarkan untuk bermain dengan anjing tersebut, namun kelihatan jelas budak2 tersebut menggunakan sarung tangan plastik (disposable gloves).  Pada permulaan video tersebut, walaupun Aiman (anak bongsu mereka) yang hanya baru berumur 9 tahun dengan jelas meminta sarung tangan sebelum menyentuh anjing tersebut, walaupun anjing tersebut kering dan tidak basah.  Pada minit 3:30 Aiman berkata pada anjing tersebut, "Don't touch me, I have to wash my hand after that, because I'm a Moslem."


Jelas di dalam video-video yang dipaparkan di dalam saluran MalayUSA mereka (www.youtube.com/MalayUSA) dan EyeOnAiman (www.youtube.com/EyeOnAiman), mereka hanya dibenarkan bermain dengan anjing tersebut dengan menggunakan sarung tangan.  Mereka juga diajar dan disuruh "sertu" setiap kali selepas bermain dengan anjing tersebut.

Walaupun keluarga ini menetap di Amerika dan kelihatan agak liberal, namun mereka masih lagi menonjolkan sifat2 yang tidak melampaui batasan.  Tidak kelihatan anak2 mereka berpeluk2, bercium2 atau mendokong anjing tersebut.


Walaupun mereka terpaksa menjaga anjing tersebut selama beberapa hari, namun anjing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah mereka.


Mungkin ada yang akan berpendapat bahawa sebagai orang Islam mereka masih tidak patut untuk membelai anjing, tapi sekurang2nya mereka tidak memegang anjing tersebut tanpa alas.  Anjing tersebut tidak dipeluk atau dicium, dan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.  Kisah ini berlaku di Amerika, di negara yang bukan Islam, di negara yang tidak ada JAKIM atau MAIS.  Entah2 ustaz2 Melayu pun tak ada di tempat yang mereka duduk ni.

Cuba renungkan...

Friday, August 2, 2013

Siapakah Sebenarnya Chetz Togom a.k.a Maznah Mohd Yusof? - The Good, The Bad, The Ugly & The Controversy



Video ini cuba untuk memberi penerangan sedikit sebanyak tentang latarbelakang isu di sebalik kontroversi seorang wanita yang membuat video bertajuk "1 Hari Di Hari Raya" yang dikatakan menghina Islam dan memaparkan video tersebut di youtube.

Wanita berumur 38 tahun yang bernama Maznah Mohd Yusof, seorang jurutera, blogger dan pelatih anjing, telah ditahan oleh pihak berkuasa di bawah akta jenayah 298A dan dibela oleh peguma Lateefa Koya.  Di dalam video Iklan Raya 2010 ini, Chetz meyambut hari raya bersama anjing-anjingnya.  Klip video itu memaparkan seorang individu bersama tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat dengan perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.  Video ini turut juga menunjukkan individu yang memakai baju hitam seolah baju Melayu mengambil wudhu' dan setelah itu menghidangkan kuih raya kepada anjingnya dengan diiringi oleh lagu raya aidil fitri M. Nasir sebagai latarbelakang.

Berbagai kontroversi yang telah timbul akibat video beliau yang dibuat tiga tahun lalu pada tahun 2010, tetapi tidak menimbulkan sebarang isu.  Namun setelah kes video Alvin Tan dan Vivian Lee menghina Islam tersebar hingga menjadi kes mahkamah, video ini dijumpai oleh individu2 yang telah menyebarkannya di laman facebook dan youtube.
Setelah video tersebut tersebar dikalangan media, tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis.  Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, klip video itu menyinggung perasaan ramai umat Islam dan meminta polis menahan individu yang terlibat di sebalik pembikinan klip video itu.

"Kami rasa sangat marah dan terhina dengan klip video itu. Ia seakan-akan menyamakan kaedah mengambil wuduk dengan cara membasuh kaki anjing, sedangkan ramai tahu bahawa anjing itu adalah najis dalam Islam," katanya.

Pengerusi BATAS, Mazni Abdul Ghani, dalam pada itu pula menggesa agensi relevan seperti polis menyiasat perkara berkenaan hingga ke akar umbi bagi membanteras lebih banyak individu melakukan tindakan serupa di masa depan.
"Sepatutnya kita yang tinggal di negara majmuk harus sensitif dengan isu yang boleh membangkitkan perasaan marah...kita kena hormat sesama sendiri tanpa memburuk-burukkan agama lain dan pegangannya," katanya.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Nor Hiesam Ismail berkata, perbuatan wanita itu jelas menunjukkan tindakan biadab, kurang ajar dan tidak sensitif terhadap umat Islam terutama di bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, perbuatan yang dipaparkan dalam video itu jika tidak dibendung akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan agama.
"Kami juga bimbang jika isu seperti itu terus diperbesarkan umat Islam akan bangkit memberontak dan ini berbahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan tidak berkompromi dengan mereka yang jelas mempersendakan agama Islam kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.

"Saya harap perbuatan itu ditangani supaya perbalahan tidak berlaku dalam masyarakat terutama oleh orang Islam," katanya.
Supaya saluran kami tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dengan komentar yang tidak berpatutan, maka kami akan serahkan kepada penonton untuk memberi komen dan membuat analisa atau rumusan, supaya dapat bersama menambahkan minda kita. 

Semoga isu2 seperti ini akan dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak, muda atau tua, supaya berhati-hatilah apabila membuat atau memuatkan video ke internet.  Harapan kami juga semoga di bulan puasa ini, kita kurangkanlah komen2 yang poyo dan melanggar batasan.  Berdiskus lah dengan sebaik2nya...

Mungkin suatu masa nanti Maznah atau Chetz akan insaf dan balik kepangkal jalan...ameen...

Kredit kepada:

Astro Awani: https://www.youtube.com/watch?v=sLecicQLM0s
Harian MetroTV:  https://www.youtube.com/watch?v=AAbtjOeheTk
Saluran2 youtube & blogs - Chetz Togom a.k.a Maznah Mohd Yusof
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/test/Jenayah/20130731/je_18/Tujuh-NGO-lapor-polis-video-hina-Islam#ixzz2amU6YcyQ
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130801/dn_48/Puteri-UMNO-desak-tindakan-ke-atas-pembuat-video-hina-Islam#ixzz2ampZgHmf

Tuesday, July 30, 2013

Budak Chetz Hina Islam & Hari Raya Menggunakan Anjing - Parodi Iklan Raya



Sumber: TheHarimauTV (www.youtube.com/user/TheHarimauTV)

[Terbaru:  Berdasarkana maklumat yang diterima, Chetz, atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof (pengkid agaknya), seorang Jurutera dan juga "dog trainer" telah di tahan oleh Polis Diraja Malaysia.  Beliau tidak mengaku salah dan membuat kenyataan bahawa dia tidak berniat untuk menghina Islam.  Peguam bela nya adalah bernama Latheefa Koya.]

Saksikanlah video yang mempunyai unsur-unsur menghina Islam yang dibuat oleh seorang budak bernama Chetz pada tahun 2010, 3 tahun yang lalu.  Dia ada 2 laman youtube, 1) https://www.youtube.com/user/chetzyusof  2) https://www.youtube.com/user/ChetzTogom, dan website nya adalah 3) http://chetztogom.com/

Video Iklan Hari Raya ini bertajuk "1 Hari Di Hari Raya", dimana dia meletakkan background takbir sambil membasuh kaki anjing dan menunjukkan diri dia membasuh kaki seolah2 mengambil wudhu'.  Selepas itu dia menjamu kuih raya kepada anjingnya.

ChetzYusof dengan bangganya menulis, "Ni iklan jamin kena ban... takde sape yang akan berani tayangkan iklan atau rancangan tv yang mempunyai unsur2 seperti ini....."  Jadi maknanya Chetz sedar bahawa Iklan ini adalah kontorversial, tapi dia masih tetap nak letak jugak.
Di penghujung video, Chetz menulis "Raikan lah Aidil Fitri Bersama-sama Tanpa Mengira Species - Manusia & Anjing (Haiwan)", Warna (Belang, Coklat Gelap, Tompok-tompok), Dan Asal-Usul" - Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Bathin Dari Chetz Sekeluarga.  Website cekap tu bukan website dia, tak tau kenapa dia letak orang lain punya website walhal dia ada website sendiri.
Video ini telah tersebar di laman Facebook dan telah mendapat ribuan "share" dan "like".

"Dgn takbir membesarkn allah ttp video nye sesuatu yg haram. Mcm mne? Cer tngok vdeo tu elok2,ada unsur pnghinaan.  kalau letak background lagu raya ok jugak lagi but dia boleh letak background takbir... yang tu yg dah jadi biadap ni..." adalah satu komen daripada pembaca di Facebook.

"Yang gatal nak buat video anjing dan diiringi dgn takbir tu apa hal??? Memang lah anjing tu tak haram tapi umum kita tahu bagi umat Islam anjing adalah adalah haiwan yang dilarang utk dipegang2 sesuka hati...siap diiringi dgn takbir lagi...so apa maksudnyer???  Buat lah video lain walaupun niatnyer nak menyambut raya tapi cara persembahan tu adalah sangat menyakitkan hati....jangan matlamat menghalalkan cara!!!!", tulis seorang pembaca Facebook posting tersebut.

"Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama sila ambil tindakan.  Bukan nya susah sangat nak trace sapa budak ni...teknologi Malaysia kat canggih?", tulis seorang lagi.
"Selagi undang2 kat malaysia ni tak ketat selagi tu lah kejadian cmni berlaku", tambah seorang komentetar lagi...and so on, masing2 ada komen masing2.

[Latest Update - August 1, 2013] Dog trainer Maznah Mohd Yusof, who is under fire for a Hari Raya Aidilfitri greeting video she posted involving her dogs, has been arrested and has been represented by lawyer Latheefa Koya.  According to Maznah, she did not insult Islam with her video which was done 3 years ago].