Friday, August 2, 2013

Siapakah Sebenarnya Chetz Togom a.k.a Maznah Mohd Yusof? - The Good, The Bad, The Ugly & The Controversy



Video ini cuba untuk memberi penerangan sedikit sebanyak tentang latarbelakang isu di sebalik kontroversi seorang wanita yang membuat video bertajuk "1 Hari Di Hari Raya" yang dikatakan menghina Islam dan memaparkan video tersebut di youtube.

Wanita berumur 38 tahun yang bernama Maznah Mohd Yusof, seorang jurutera, blogger dan pelatih anjing, telah ditahan oleh pihak berkuasa di bawah akta jenayah 298A dan dibela oleh peguma Lateefa Koya.  Di dalam video Iklan Raya 2010 ini, Chetz meyambut hari raya bersama anjing-anjingnya.  Klip video itu memaparkan seorang individu bersama tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat dengan perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.  Video ini turut juga menunjukkan individu yang memakai baju hitam seolah baju Melayu mengambil wudhu' dan setelah itu menghidangkan kuih raya kepada anjingnya dengan diiringi oleh lagu raya aidil fitri M. Nasir sebagai latarbelakang.

Berbagai kontroversi yang telah timbul akibat video beliau yang dibuat tiga tahun lalu pada tahun 2010, tetapi tidak menimbulkan sebarang isu.  Namun setelah kes video Alvin Tan dan Vivian Lee menghina Islam tersebar hingga menjadi kes mahkamah, video ini dijumpai oleh individu2 yang telah menyebarkannya di laman facebook dan youtube.
Setelah video tersebut tersebar dikalangan media, tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis.  Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, klip video itu menyinggung perasaan ramai umat Islam dan meminta polis menahan individu yang terlibat di sebalik pembikinan klip video itu.

"Kami rasa sangat marah dan terhina dengan klip video itu. Ia seakan-akan menyamakan kaedah mengambil wuduk dengan cara membasuh kaki anjing, sedangkan ramai tahu bahawa anjing itu adalah najis dalam Islam," katanya.

Pengerusi BATAS, Mazni Abdul Ghani, dalam pada itu pula menggesa agensi relevan seperti polis menyiasat perkara berkenaan hingga ke akar umbi bagi membanteras lebih banyak individu melakukan tindakan serupa di masa depan.
"Sepatutnya kita yang tinggal di negara majmuk harus sensitif dengan isu yang boleh membangkitkan perasaan marah...kita kena hormat sesama sendiri tanpa memburuk-burukkan agama lain dan pegangannya," katanya.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Nor Hiesam Ismail berkata, perbuatan wanita itu jelas menunjukkan tindakan biadab, kurang ajar dan tidak sensitif terhadap umat Islam terutama di bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, perbuatan yang dipaparkan dalam video itu jika tidak dibendung akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan agama.
"Kami juga bimbang jika isu seperti itu terus diperbesarkan umat Islam akan bangkit memberontak dan ini berbahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan tidak berkompromi dengan mereka yang jelas mempersendakan agama Islam kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.

"Saya harap perbuatan itu ditangani supaya perbalahan tidak berlaku dalam masyarakat terutama oleh orang Islam," katanya.
Supaya saluran kami tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dengan komentar yang tidak berpatutan, maka kami akan serahkan kepada penonton untuk memberi komen dan membuat analisa atau rumusan, supaya dapat bersama menambahkan minda kita. 

Semoga isu2 seperti ini akan dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak, muda atau tua, supaya berhati-hatilah apabila membuat atau memuatkan video ke internet.  Harapan kami juga semoga di bulan puasa ini, kita kurangkanlah komen2 yang poyo dan melanggar batasan.  Berdiskus lah dengan sebaik2nya...

Mungkin suatu masa nanti Maznah atau Chetz akan insaf dan balik kepangkal jalan...ameen...

Kredit kepada:

Astro Awani: https://www.youtube.com/watch?v=sLecicQLM0s
Harian MetroTV:  https://www.youtube.com/watch?v=AAbtjOeheTk
Saluran2 youtube & blogs - Chetz Togom a.k.a Maznah Mohd Yusof
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/test/Jenayah/20130731/je_18/Tujuh-NGO-lapor-polis-video-hina-Islam#ixzz2amU6YcyQ
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130801/dn_48/Puteri-UMNO-desak-tindakan-ke-atas-pembuat-video-hina-Islam#ixzz2ampZgHmf

No comments:

Post a Comment